Berhenti menjadi hakim

berhenti menjadi hakim


 Assalamualaikum, semoga Allah merahmati dan meredhai semua. Semoga Allah menerima segala amalan. lakukan amalan dgn penuh niat keikhlasan.

                                          Sudah sudahlah menjadi hakim yang tak bertauliah.

Cukup cukuplah bersangka buruk kepada orang lain..
Hentikan sikap kita yang selalu negatif dalam semua perkara😞

Kerana sikap itu tidak akan memberi keuntungan.
ayuh 
bersihkan hati kita..
bersihkan jiwa kita
bersihkan fikiran kita
kepada perkara buruk
yang memakan diri sendiri

lemparkan jauh jauh sikap 
suka menghakimi sesama saudara
sebab apa?
kau,aku dan dia,
manusia biasa..
masing masing pernah buat silap dan kesalahan..
masing masing ada ada kelebihan dan kekurangan..

Bukan hak kita untuk menghakimi,
apatahlagi untuk terus menghukum.. 
serahkan segalanya kepada
Yang Berkuasa kerana di mahkamah-Nya nanti tiada siapa yang berpeluang berdusta..
hatta segala niat yang terlintas dalam hati sekalipun,
pasti akan diaambil kira,
apatah lagi segala perlakuan yang jelas dapat dilihat melalui mata..

"Jangan melihat dosa orang lain, seakan kita yakin mereka akan ke neraka. Jangan melihat kebaikkan kita seperti kita akan terus ke syurga"

💙Jijik lah dengan dosa yang dilakukan,bukan jijik dengan pelakunya. Tidak mustahil, dia yang sedang berhijrah,akan menjadi insan yang lebih hebat daripada kita"

wallahualam 💚

Ulasan

Catatan Popular