Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ya Allah Ya Rahman ya Rahim Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya? (Rujuk Surah Al-An'aam ayat 116) Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba? (Rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 30) Kuasa harta wanita mengaburi minda mengotori jiwa dan bicara (Rujuk surah Al-Imran ayat 14) Bila bicara bicaranya semua besar mendabik dada besar egonya lupa diri lupa pencipta yang Maha Besar (Rujuk surah Al-Baqarah ayat 264) Kemewahan diri bukan tanda kehebatan insan berteduh di bumi Tuhan. Siapa Dulu pergi? Mungkin aku mungkin kamu tiada siapa yang mengetahui sedang kematian lagi mengejarmu, kerasnya hati masih gagal mengerti bangulah di malam sunyi bertanyakan pada Illahi. - Kata kata ini jika kita faham menerangkan tentang apa yang berlaku sekarang. Manusia lebih tertarik pada harta benda siapa yang kaya dia yang berkuasa sedangkan itu bukanlah bermakna hebatnya insan itu. Lalu hati menjadi keras kerana rasa bangga pada pinjaman yang sementara bak kata Ustaz Don ini realiti kehidupan hari ini 'Cinta Dunia, Takut Mati' Orang kita kata nak senang kena banyka simpan duit tapi islam kata nak senang kena keluarkan duit. Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu sedekah (Rujuk surah Al-Baqarah ayat 195) Orang kita kata sakit itu satu bala tapi islam kata sakit itu penghapus dosa (Rujuk surah Al-Hadid ayat 22) Orang kita kata kahwin kena ada duit kena buat besar kena ada rumah kereta macam-macam tapi islam kata kahwin muda itu rezeki murah dan sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling murah maharnya (Rujuk surah An-Nuur ayat 32) -Jadi fikirkan? Kenapa kita bersikap begini? Kenapa kita bercakap tidak berpandukan Al-Quran sedangkan itu panduan. Adakah kita ingin menjadi golongan munafik? Sedangkan segala rezeki datang dari DIA semuanya telah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi. Lalu kita lupa segalanya, kita lupa asal usul kita lupa yang dunia ini sementara perhiasan semata (Surah An Nahl ayat 96 Surah Al-An'am ayat 32)

Ulasan

Catatan Popular